IPOH: Kerajaan negeri Perak akan memperhalusi cadangan untuk meletakkan mesin layan diri tuala wanita di kawasan strategik, khususnya di sekolah rendah bagi membasmi isu kemiskinan haid secara tuntas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed berkata, keperluan untuk disediakan tuala wanita lebih tertumpu di sekolah rendah, dimana pendedahan tentang perkara itu masih belum meluas.
"Kalau dulu proses datang haid ini di usia melangkah masuk ke sekolah menengah dan kita tidak begitu beri tumpuan kepada pelajar di sekolah rendah.
"Tetapi rata-rata maklum balas yang saya terima daripada pelajar, mereka sudah datang haid sejak sekolah rendah.
"Sebab itu kita sekiranya ada keperluan, kita boleh fikirkan untuk wujudkan (mesin layan diri tuala wanita) di sekolah rendah, seperti mana yang dicadangkan Exco sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Program Pembasmian Kemiskinan Haid: Pemberian Kit Asas Sanitari Wanita (PROKIS) di SMK Raja Chulan, di sini, pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Jamilah Zakaria dan Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 150 pelajar hari ini menerima bantuan sekali beri kit sanitari termasuk tuala wanita yang boleh diguna pakai semula (boleh dibasuh) sehingga empat tahun.
Katanya lagi, PROKIS akan diperluas di 12 daerah di Perak, di mana SMK Raja Chulan menjadi lokasi pertama penganjuran.
"Bagi tahun 2023, PROKIS akan menumpukan penerima dari kalangan pelajar yang layak di Perak melalui kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak," katanya.
Ketika ditanya jika ada perancangan untuk memberikan tuala wanita secara percuma kepada pelajar B40 setiap bulan, Salbiah berkata perkara itu masih belum diputuskan.
"Setakat ini belum (bagi percuma setiap bulan), kita akan melihat kepada keputusan responden yang diberikan nanti, bergantung kepada data dan sebagainya," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, mesin layan diri itu turut dicadang untuk ditempatkan di lokasi awam seperti kawasan rekreasi dan sekolah.
Sementara itu, bagi pelajar sekolah, Nur Aqilah Nasuha Muhamad Rizuan Shah, 14, dia dan rakan-rakan menyambut baik cadangan berkenaan, yang memudahkan pelajar mendapatkan tuala wanita.
"Saya setuju sebab memudahkan kami dapatkan tuala wanita, memang boleh minta dengan kawan-kawan atau cikgu tetapi mungkin ada kekangan masa dan sebagainya.
"Kalau tiba-tiba datang haid di sekolah, mungkin kawan-kawan dan cikgu tidak bawa (tuala wanita), kalau ada mesin layan diri lebih senang," katanya.
Pendapat sama diberikan oleh Nur Ainul Najwa Md Badrul Hisyam,14, yang berasakan perkara itu satu keperluan untuk pelajar.
"Saya sokong sebab lebih mudah, kadang-kadang kita faham kawan-kawan pun bawa tuala wanita untuk diri sendiri dan tiada lebih nak bagi," katanya.
Aida Aziz
Thu Feb 09 2023
Salbiah (duduk, kiri) berkata, keperluan untuk disediakan tuala wanita lebih tertumpu di sekolah rendah, di mana pendedahan tentang perkara itu masih belum meluas. - Foto Astro AWANI
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
AWANI Ringkas: DBKL sedia garis panduan pokok berusia dan berisiko tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel teruskan operasi ketenteraan di Rafah
Seorang pegawai kanan Israel berkata bahawa pusingan terbaharu rundingan di Kaherah untuk menghentikan permusuhan di Gaza telah berakhir dan Israel akan meneruskan operasinya di Rafah dan bahagian lain di Semenanjung Gaza seperti yang dirancang.
PRK KKB: 39,362 pengundi tunai tanggungjawab esok
SeramaiĀ 39,362 pengundiĀ akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) esok
Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam
DELL menghantar notifikasi kepada pelanggan selepas mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam.
Masyarakat perlu bijak dalam memanfaat teknologi AI
Dalam pada itu, pensyarah Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Amir Akramin Shafie berkata, selain pemerkasaan pembanguan bakat, antara cabaran lain yang perlu diberi tumpuan ialah etika dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Pembangunan bakat dalam AI perlu diberi tumpuan
Pengarah AIBIG, Fakulti Sains dan Pengkomputeran, UMK, Dr Muhammad Akmal Remli berpandangan kerajaan perlu beri tumpuan kepada aspek pembangunan bakat dalam kecerdasan buatan (AI).
Kerjasama awam-swasta dalam meningkatkan infrastruktur teknologi
Menurut Ketua Penyelidik Pengujian & Kebolehgunaan Perisian Pendidikan, Jabatan Sains Komputer & Teknologi Digital, Fakulti Komputeran & Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Madya Ts Dr Shamsul Arrieya Ariffin, langkah ini akan membuka peluang untuk melatih lebih ramai individu dalam kemahiran AI yang diperrlukan dalam era digital ini.
Industri gergasi sudah bersedia, tugas KPT sediakan bakat
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi berpendapat industri sudah bersedia dengan integrasi kecerdasan buatan, dan tanggungjawab KPT untuk menyediakan bakal bakat muda.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Perak perhalusi cadangan letak mesin layan diri tuala wanita di sekolah rendah- Exco
Kerajaan negeri Perak akan memperhalusi cadangan untuk meletakkan mesin layan diri tuala wanita di kawasan strategik, khususnya di sekolah rendah.
Perak cadang tempatkan mesin layan diri tuala wanita di tempat strategik
Perak bercadang untuk menempatkan mesin layan diri sanitari di kawasan strategik, sebagai salah satu langkah menangani isu kemiskinan haid.
ATLAS Vending lancar Sapot SME libatkan 13 PKS di seluruh negeri
Ia merupakan inisiatif membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk mengembangkan perniagaan di samping menyokong produk tempatan.
ATLAS dan PepsiCo menyegarkan barisan hadapan melalui mesin minuman
Sebanyak 18 mesin layan diri diletakkan di hospital sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Muar dengan variasi minuman kegemaran rakyat Malaysia.
Pos Malaysia lancar perkhidmatan Dropbox Prabayar Pos Laju
Perkhidmatan Dropbox Prabayar Pos Laju membolehkan pelanggan mengirim barangan mereka menggunakan mesin layan diri.
Syarikat penerbitan Singapura mula guna 'vending machine' jual buku
Mesin layan diri (vending machine) yang menjual buku memberi keutamaan kepada penulis dan syarikat penerbitan tempatan.